Sunday, October 27, 2013

Ponteng Breakfast Antara Punca Gemuk

sarapan!!!!!! nanti makin gemuk?????




Mungkin ada diantara anda yang nak kurus-kurus tapi masih belum berhasil. Anda rasa ponteng dari memakan sarapan  mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kerana anda makan kurang kalori pada hari tersebut.

Namun, hakikatnya anda telah salah. Dakwaan anda terhadap ponteng memakan sarapan telah disangkal oleh para saintis barat yang mana, sekiranya anda tidak sarapan pada satu hari, maka anda ada potensi untuk memakan makanan dengan lebih banyak pada waktu tengahari dan juga anda akan mengambil makanan yang bergula tinggi.

Menurut kajian tersebut, makanan yang berkalori tinggi juga lebih menyelerakan berbanding makanan yang kurang kalori. Malahan didapati bahawa di dalam otak yang mana bahagian orbital frontal cortex ataupun kortex orbital hadapan akan memberitahu anda bahawa betapa sedapnya makanan tersebut dan ianya akan membuakkan nafsu anda sekiranya anda tidak memakan sarapan pagi. Dan biasanya, kortex orbital hadapan ini lebih cenderung kepada makanan yang bergula tinggi dan makanan yang berlemak.

Jadi, sekiranya anda melambatkan ataupun ponteng untuk makan sarapan, dan tengah hari, ada potensi makan malam anda menjadi lebih tidak sihat kerana anda akan cenderung untuk makan makanan yang berlemak, berkalori tinggi dan manis.


Jadi jangan ponteng ataupun tidak mengambil sarapan!