Tuesday, December 31, 2013

jeragat dan Simply Siti

salam semua,kali ni nak tulis lanjutan or sambungan jeragat oh jeragat tu..dah banyak produk yg aku guna.namun hasilnya frussssttt.mgkn belum temui yg betul2 serasi ngan kulit ako.hu2..

Seperti yg aku maklumkan dalam post yg lepas (bacer di sini).produk terkini yg aku pakai ialah set Simply Siti NEW AGE.Aku guna produk ni akhir Oktober hgga sekarang.syukur alhamdulillah.nampak ada perubahan skit..he3.(mgkn aku yg terperasan kot) tapi hari2 duk belek muke,mmg kita tahu n nampak laa.Mmg produk yg tak der bahan kimia,kesan ;ambat skit la..tak macam setengah2 produk tu,seminggu muka putih melepak.lps tu jeragat naik mencanak2..hu2..tak rela..serik.jadi..BIAR KESAN LAMBAT ASAL SELAMAT utk jangka masa panjang.

produk Simply Siti  set New Age ni pun admin page Simply Siti yg rekemenkan  .Aku tanye admin page  Simply Siti tu.. dan inform masalah kulit aku ni.jadi dia rekemenkan lah set New Age ni,aku  bedal satu set n juz add pelembab Dermagic tu je,Patutla ako pakai set dermagic dl tak jalan.salah pilihh..he3

ni link utk ygk produk New Age tu
(ako malas nk upload gambo)

Bukan niat nak berkempen..ni tak de kene mengene dgn yg hidup atau yg mati ye..saje lah nak kongsi,kot2 lah yg ada masalah cam aku hadapi ni..mgkn bagi manfaat pada yg berkenaan tu..

apa yg pasti,moga tahun baru  2014 ni kulit tambah2 cantik.kui3. .
ok.mg korang tak jemu2 baca hgge ke akhir post.tq ye..




Sunday, October 27, 2013

Ponteng Breakfast Antara Punca Gemuk

sarapan!!!!!! nanti makin gemuk?????




Mungkin ada diantara anda yang nak kurus-kurus tapi masih belum berhasil. Anda rasa ponteng dari memakan sarapan  mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kerana anda makan kurang kalori pada hari tersebut.

Namun, hakikatnya anda telah salah. Dakwaan anda terhadap ponteng memakan sarapan telah disangkal oleh para saintis barat yang mana, sekiranya anda tidak sarapan pada satu hari, maka anda ada potensi untuk memakan makanan dengan lebih banyak pada waktu tengahari dan juga anda akan mengambil makanan yang bergula tinggi.

Menurut kajian tersebut, makanan yang berkalori tinggi juga lebih menyelerakan berbanding makanan yang kurang kalori. Malahan didapati bahawa di dalam otak yang mana bahagian orbital frontal cortex ataupun kortex orbital hadapan akan memberitahu anda bahawa betapa sedapnya makanan tersebut dan ianya akan membuakkan nafsu anda sekiranya anda tidak memakan sarapan pagi. Dan biasanya, kortex orbital hadapan ini lebih cenderung kepada makanan yang bergula tinggi dan makanan yang berlemak.

Jadi, sekiranya anda melambatkan ataupun ponteng untuk makan sarapan, dan tengah hari, ada potensi makan malam anda menjadi lebih tidak sihat kerana anda akan cenderung untuk makan makanan yang berlemak, berkalori tinggi dan manis.


Jadi jangan ponteng ataupun tidak mengambil sarapan!



Tuesday, September 24, 2013

BAHANA STRESS


Bagi anda yang sedang berdiet dengan tujuan menurunkan berat badan, tentu hal ini akan menjadi satu tekanan tersendiri karena stress ni  menjadi musuh utama dalam program diet anda tauu... Mengapa demikian?mehh baca hgga ke noktah terakhir ya.he3.kalau sudi la...^-^
Stres adalah respon tubuh secara fizik, emosional maupun perilaku untuk sesuatu yang mengganggu keseimbangan anda atau meresahkan anda dengan berbagai cara. Stres dapat menimbulkan kesan  buruk pada diet dan berat badan anda.hu..hu...
Ironisnya lagi, stres merupakan salah satu faktor risiko terjadinya penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan strok. mak aiiiii...serammm..Ketika anda sedang mengalami stres, maka hormon stres, iaitu kortisol, akan dilepaskan dan mempengaruhi pelepasan berbagai  jenis hormon lainnya.
Secara umumnya, Stres dapat mempengaruhi berat badan anda melalui:
Gangguan Metabolisme
Tingginya kadar kortisol juga dapat membuat metabolisme tubuh jadi perlahan, sehingga pembakaran kalori dalam tubuh berkurang.  hal ini akan mempengaruhi hasil diet dan membuat berat badan anda semakin  payah nak  turun, bahkan akan cenderung naik.aiiyaaa..
tu laa...baca lagi kalau nak tahu ..

Emotional Eating
Stres menyebabkan kita cenderung utk makan...makan...dan makannnn.. emotional eating. Suatu bentuk  ekspresi yang disalurkan dengan cara makan berlebihan agar perasaan menjadi lebih tenang. Jika yang dimakan tu  makanan tak menyihatkan (berlemak, manis, terlalu masin), maka kebiasaan ini dapat mengakibatkan berat badan bertambah.

Meningkatkan Timbunan Lemak
Berdasarkan satu kajian, stres berkaitan dengan penumpukan lemak di dalam tubuh. Hormon kortisol dikatakan  sebagai penyebabnya. Hormon tersebut dapat membangkitkan rasa lapar dan membuat orang yang stres makan berlebihan. Hasilnya, lemak di tubuh pun bertambah.

lemak makin bertimbun..nanti jadi 'bulat" cam ni laa..
bulat pun hapi..peace..^-^ asal bahagia.
Selain meningkatkan berat badan, penumpukan lemak tersebut juga berpotensi memicu penyakit jantung dan strok. kajian  lain juga menyokong  penemuan tersebut dan menyebutkan lemak yang terlalu banyak dapat merosak sistem metabolisme.
Gula darah
Stres berpanjangan juga mempengaruhi kadar  gula dalam darah anda, terutama jika anda gemar makan  makanan yang manis-manis.  dalam jangka waktu yang lama maka dapat mengakibatkan tubuh menjadi resisten terhadap insulin, hormon yang mengendalikan gula darah dalam tubuh, sehingga dapat  penyakit diabetes.

Redakan Stres & Dapatkan Berat Badan Ideal
sooo, setelah mengetahui betapa besar pengaruh stres pada diet anda, juga pada kesihatan anda, maka  cuba try  redakan stres anda.he3. Banyak cara untuk meredakan stres.
Olahraga teratur, nutrisi yang tepat, dan tidur yang cukup merupakan komponen yang tidak bagus dan ideal untuk  penurunan stres dan berat badan. Mula berolahraga secara  teratur setiap hari, kemudian pilihlah makanan sihat tiap kali anda stres.
Jika anda ingin makanmakanan berlemak/yg menggemukkan, cubalah ganti pilihan anda pada yogurt rendah lemak dengan taburan buah segar misalnya. Dan yang terpenting tidur yang cukup dan berkuali.
Ini adalah cara efektif untuk meredakan stres sekaligus membantu anda untuk menurunkan berat badan. 

sooo.dah baca semua kat atas tu kan???
tak stres kan???
ok..comellll kalau macam tu.^-^
ke tak comel???

pinjam iklan kak tom jap.jangan marah ya kak ton..

he3

ok..jangan marah ye...just gurau2 utk redakan stress anda semua..
SENYUMMMM
itu ubat terbaik
jangan stres2 tau














Friday, September 13, 2013

jeragat oh jeragat

hurmmmm.ini kali la pulak nak cerita pasal skincare..perempuan ni kalau utk cantik,mmg sanggup berhabis kan?? sampai sekarang tak jumpa lagi skincare yg betul2 sesuai n berkesan utk masalah kulit aku  ni.dah macam2 produk guna.Kulit aku ni dulu2  time muda remaja mmg la ada masalah jerawat,.biasa lah remaja kan..kulit nmpk cam kering,tapi bila tgh hari skit berminyak2,Tapi sejak umur makin beralih ni..jerawat cam malu la  pulak nak naik.jeragat la pulakk.hurmmmm

kalau nak citer bab produk yg dah aku guna..rasa cam berjela2 lah..cuma nak highligh skit tang produk yg aku penah guna lama lah.Paling kurang pun 6 bulan.lepas tu jk  tak der perubahan punn..aku ucap selamat tinggal laa..





ni antara produk yg aku pernah gn sebelum ni..
aku stop sbb jerawat tak nak berenti timbul.he..n yang safi balqis tu,penutup krim siang nya yg biru tu cepat sgt pecah..tak tahu la y!!! 

Masa mula2 kerje dulu aku pernah guna produk Felisa,dah mula berduit skitt..ok jugak produk ni.Time tu tak banyk produk cam time sekarang.Kulit ok la,jerawat pun kadang2 je naik.tapi yg tak tahan,sabun black  tu ,cepat ngat cair.zaman2 tu akau aktif,bawa ke mana2 cair.boring.Bila guna pembersih yg dalam botol tu,kulit jd kering ngat.n biasa la.produk2 gini,bila berjemur kat panas skit,muka cam udang kn  bakar.dalam 2 tahun gak la aku guna..n aku buat keputusan  stop.


ni la rupenya.aku google je..lama dah produk ni.try usha2 kat  kaunter Felisa,cam produk ni ada 2 pengeluar plak sekarang. dah tak satu kapall.entah lee..


ada yg rekemen Noveles Visage tu, BML la..tapi time tu kawan aku yg keje kat salun tak galakkan aku guna.ada hidrokuinon ????,aku pun tak nak laa..banyak bahaya ooo.Aku tgk org kg aku yg guna produk ni.masa pakai mmg kulit cantikkk,pinkk je,tp nampak kulit cam nipis.lps dia stop.jeragat  merata2 kat muka.ngerii laaa

Lepas tu aku try Tia Emilia,Produk ni tak sampai pun 3 bulan.aku masuk tong sampah.jeragat muka aku nampak makin galak muncul.adussss.Duk usha2 dlm internet.produk ni cam ada kandgn kimia.betul ke tak.aku tak nak komen.bila ruper haku makin kelam.stop je la...


cantik je colur dia..warna favorite aku tuu

Aku try pula produk Sendayu Tinggi.masa tu mmg femes la produk ni..4 bulan jgk la aku pakai satu2 tu..Bulan pertama hgga ke 3 tu mmg cantik lg la kulit.he3 ..seyess ni..bukan nak perasan..tak yah pakai bedak pun..sori tak share gambo..malu..
Kusangka panas hgga ke petang,rupanya hujan di tengah hari..hu3..bulan2 berikutnya,produk ni cam dah mangli ngan kulit aku.lepas kawan tegur apasal kulit nmpk tak cam dl...jeragat n kusamm je..kui3.ingat aku je perasan.hari2 duk tilik cerminnn..hurmmmm.masuk bakul sampah lagi laaaa.sayang gak.beli mahal2..cleaser tu aku buat mandian.ha3.





lps ni cam tak percaya dah nk try produk2  cam gitu.Try alih arah ke Safi Rania Gold..full set aku beli.Kira ok la juga.Tapi produk ni buat muka aku lembabbb n tak tahan tu cam berminyak2.emmm....krim malam mmg aku tak leh pakai la..rasa melekit sangat.then tggl je la yg krim malam tu. buat losyen,sapu kat tangan.ha3 .Apa pun aku tetap saboo.Bagi aku,produk Safi Rania Gold ni mmg ok.lbh2 lagi bg mereka yg kulit kering.untuk yg berusia pun ok la kan..macam haku ni..mgkn bagi kulit yg tak der masalah sangat kot.tapi utk kulit yg jeragat  n kombinasi cam aku ni..rasa cam payahh je nak ok..n then cam biasa laa...aku sedekah aje pada adik aku pulak kali ni..he3...Aku tanya adik aku..katanya ok Safi rania ni dengan dia..sampai sekarang dia setia ngan produk safi ni.Aku tgk dia pakai Safi Balqis.n now rasa makin berumur ni kot,dia guna Safi diamond..tengok kulit  dia mmg ok.cerahh n tak der sebijik pun jeragat...jelesssss.ngehh3.


sekarang Che Ta yg jadi duta..kalau lah secantikk Che Ta tu...berangan la pulakk

Aku try la pulak  Nutox  Oxyfusion ..Tak cantik cam Fazura pun tak apa la..janji kulit ok skit..he3...Nmpak cam best.Try la usha2 dlm internet.kira ok gak.Aku pun beli full set la..cam biasa..nk campur2 kang...kut jadi lain plak....so far  mmg ok.banyak2 produk yg aku guna,produk ni la penamat masalah jerawat  selama ini.mmg tak naik jerawat..syukur alhamdulillah.so far..mmg jd pengguna setia lah produk Nutox ni..Tapi cam yg aku cakap kat atas tadi la..payah nk hilang masalah jeragat aku ni..Bila kengkawan tegur  tang jeragat kat muke aku ni..aku blurrrrr..



Tak tahu lagi nk try produk apa lps ni..Satu hari jalan2 kat Guardian,juru jual tu syorkan aku Simply Siti..emmmm..aku pun cair la bila dengar tang kelebihan Simply Siti ni..teknologi korea..mmg aku tgk citer2 korea tu kulit dia orang mmg cantikkk.jelessnye aku..Best jgk la Simply Siti ni.aku beli semua set Dermagic tuh...BB cream Simply Siti HD so far mmg the best lah setakat ni yg pernah aku try.yg Nutox bb cream tak best sangat.rasa berminyak n tak tahan lm kat muka.mgkn utk kulit org lain cantikk kot.tapi yg bb cream Simply Siti ni..mmg ok.tak berminyak.Krim Dermagic tu pun ok.wangi n sejukk n mudah meresap.Cuma cleaser tu..tiub cleaser tu cepat bocor/cam cepat pecah.tahh,bekas palstik yg mcm mn kot tu kualitinya..he3.sayang gak.sbb  satu2 produk ni regenya boleh tahan la jgkk.
aku guna set dermagic ni


Nak jadikan cerita..satu hari aku jalan2 kat  Giant..aku lalu kat sebuah kiost tu,.aku tanya ada tak produk utk hilangkan jeragat..ringannn je mulut aku ni masa tu aku dalam 2 bulan guna Simply siti dermagic tu....lalu akak tu syorkan aku Produk Sri Mawar..katanya mmg bgs utk atasi jeragat nii.aku pun teringat la pada rakan sekerja ku dl..mmg dia pengguna produk Sri Mawar ni...mmg kulit dia cantikk.aku pun cair la ngan produk sri mawar ni... pulakkkkk.Masa tu jeragat aku n mmg ada la.terutama kat bahagian pipi.tapi tak la teruk sangat.  coklat2 manja gt.tak bertompok.tapi kira ada area pipi ..apa2 pun,kn cuba dl.kalau tak cuba tak tahu kan??Yang set Simply Siti tu aku sedekahkan pada adik aku yg no 2..sob..sob..




Dengan produk Sri Mawar ni aku guna trial set je lah dl.utk kulit normal.nampak kulit cam makin lembut mula2 tu..dalam 2 mggu aku perasan  jeragat aku nampak makin gelap.Try usha lagi Y??jd aku direkemen kan pulak utk tambah scrub ,losyen rawatan n peeling..aku gunalah ikut arahan yg diberi...Aku ni bab2 kecantikan..mmg aku rajinn sangat ikut tertib  penggunaan..mmg dr dl la gitu.he3.tahap disiplin mmg tinggi...cewahhh..Tapi yg sedihnya..sebulan aku guna,jeragat pada muka tambahh hitam.bertompok2.tang pipi..hidung n sekitar mulut..area mata je cerah skit.huaaaaa    aku dah inform ttg perkara itu,tp katanya(penjual produk ni la) akan hilang...hurmmm.hari2 aku tgk cermin..rasa sedihhh la pulaa..makin teruk muka aku ni..hitam2 bertompok2..hu3..tak kan nak tggu lagiiii...time2 cam ni rasa bodohh la pulak..mudah tergoda..tapi  tu la ..kalau tak cuba tak tahu..hu3

aku ambik keputusan stop..mmg x sanggup tgk muka makin teruk.tu duk tanya kawan2.kalau produk tu serasi.pasti jeragat tuu nmpak makin nipis,bukan makin hitam n bertompok2..heiii seramm aku....frussttt giler,aku baru je guna set besar tu..terbang jg lahh  hampir 300 hinggit..

Now duk pikir2 nak guna produk apa lagiiiiiiiii..macam2 org rekomen..mgkin produk tu sesuai ngan kulit mereka.tapi bukan ngan kulit aku.aku tak kata produk2 yg aku guna sebelum ni tak ok.mgkn tak sesuai/serasi ngan kulit aku je..kan...kann..

Now duk usha2 produk dalam internet.baca kat blog2.tgk iklan2.testimoni2...hurmmmmm.keliruuuu....latestt aku tgk produk safi Diamond tu..alahaiii.cantik n gebu nya si Ziana Zain tu ya...rasa cam berkenan...he3..Nak back ke pggunaan produk yg dulu2....hurmmm biarlah jadi sejarah jeee.tapi duk pk2 lagi sbb Simply Siti Dermagic tu pun ok.Safi Diaomond tu pun org kt ok gakk.he3. Adik bongsu aku pun kata ok.lembab je kulit..mana satuu yg jadi pilihan hati ni.hubby pun jeling2 manja je...pahammm.nk ajak g shop lagi la tuuu. ada laa yg nak dicari lg ..he3.cantik pun utk hubby gakk..kan??kan??..

tara......rasa nk try  yang ni la pulak..ptg semalam gi la kat Guardian..try la beli..aku beli set Kejora dl.utk jeragat katanya bagus..set Kejora ni kira jimat skit laai dlm rm90++ la jgk.n tambah cleaser n toner rania.hangus lah rm120+.ummmm..

ni ttg  produk tu yg aku copy dr  http://safi.com.my/


Booster peremajaan  Sel
Konsentrasi berkuasa yang membangunkan metabolisma sel untuk menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan jeragat seawal aplikasi pertama*. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Ultra Hyaluronic Acid, kelembapan kulit dikekalkan di samping meningkatkan keelastikan kulit secara berterusan. Booster Peremajaan Sel sebaik-baiknya digunakan bersama Serum Rawatan Intensif.
*Peringkat ujian in-vitro ekspresi gen.

tang ayat kurangkan jeragat tu yg buat aku tergoda tu.hi3


krim Regenerasi sel
Krim pelembap bertekstur ringan dengan rawatan intensif efektif memperbaiki struktur dan tekstur kulit. Menerusi formulasi NANO DIAMOND DNA TECHNOLOGY dan Phyto-ceramide yang bertindak pantas memperbaharui sel untuk kulit yang lebih halus, kedalaman kedutan dikurangkan terutamanya di malam hari dengan berkesan.
Cleaser n toner  tu akau pakai yg safi rania gold.yg diamond tak der lagi mende ni.
Malam td aku try la guna booster peremajaan sel  tu.lps tu apply krim regenerasi sel tu..krim malam tu rasa melekit skit.apa2 pun kulit mmg lembab.
Pagi ni try pakai  booster n bb cream safi rania tu..muka rasa lemmbabb  .tgk mcm mn dalam sebulan dua ni..boleh update semula ...kalau ok..mgkn aku setia hgga hjg nyawa lah ngan produk safi Diamond ni.tgk mcm mn nanti,harap2 ok laa.harap2 pencarian berakhir di sini..
harap2 ini kali laa menjadiii..nnati aku update sml la .tgk dl mcm mn..luper la nk habaq,,,produk dalaman pun aku ambik jugakk.mcm2  jenis kolagen n vit c aku ambik.sbb kalau ikut info yg aku dapat..mmg kolagen mmbntu atasi masalah jerawat n jeragat ni..nak2 kita yg usia makin bertambah ni..entah la..cik jeragat ni pun mgkn sbb hormon kot.tak tahu lahh..lantak la sbb apa pun.tapi jeragat pasti diperangi habis habisan.ha2...harap2 lps duk sapu yg safi diamond n tuk telan  kolagen ni..kulit aku mulus kembali..insyaAllah.....aminnnn

mungkin ada  juga mereka yg  mengalami masalah yg  sama cam aku ni..jom la kongsi2.mg blh bagi manfaat utk kita bersama.he3.tq so much yg sudi baca sampai titik ini.